Saturday, 26 September 2015

ISU ISU KEPERIHATINAN NEGARA

TOPIK 5 =ISU ISU KEPERIHATINAN NEGARA
5.1 : MENYATAKANDASAR MALAYSIA TENTANG HAL EHWAL SERANTAU DAN DUNIA.

5.1.1 MEMAHAMI PERANAN ASEAN
5.1.2 MEMAHAMI PERANAN OIC
5.1.3 MEMAHAMI PERANAN KOMENWEL
5.1.4 MEMAHAMI PERANAN NAM
5.1.5 MEMAHAMI PBB

5.2 MENJELASKAN KONSEP PEMBANGUNAN DAN ALAM SEKITAR
5.2.1 MENJELASKAN KONSEP PENCEMARAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR


5.3 MENERANGKAN KONSEP PEMBANGUNAN INSAN 
5.3.1 MENERANGKAN SISITEM PENDIDIKAN 


5.1.1 PERTUBUHAN NEGARA-NEGARA ASIA TENGGARA (ASEAN)
Asean ditubuhkan pada 8 ogos 1967 dan penubuhannya dicadangkan oleh tunku abdul rahman.
Cadangan ini dipersetujui oleh Negara-negara seperti singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina.
ASEAN dianggotai oleh 10 buah Negara.

MATLAMAT ASEAN
Mengekalkan kestabilan politik dirantau asia tenggara.
Membantu antara satu sama lain dalam bidang ekonomi, sosial,  dan kebudayaan.
Meningkatkan taraf hidup penduduk melalui kerjasama dalam pelbagai bidang pertanian, perdagangan dan perindustrian.
Memberi kerjasama dan membantu dalam bentuk latihan dan penyelidikan
Mengadakan perhubungan yang erat dengan pertubuhan serantau dan antarabangsa.



PERANAN DAN SUMBANGAN MALAYSIA DALAM ASEAN
Menandatangani deklarasi kl pada November 1971
Memberi kata sepakat mengistiharkan Negara-negara ASEAN sebagai zon aman, bebas dan berkecuali(ZOFPAN)
Tujuan utama ZOFPAN adalah mengekalkan keamanan dan kestabilan politik di rantau asia tenggara , tidak bersekongkol dengan mana-mana blok barat atau blok timur bagi mengelakkan campur tangan kuasa-kuasa besar.
Mengatasi masalah pencerobohan Vietnam ke atas Kampuchea.
Turut serta dalam mensyuarat bagi membentuk kerajaan demokratik campuran Kampuchea.
Membuat keputusan ASEAN ialah zon bebas senjata nuklear.
Mengistiharkan larangan menggunakan perairan dan pelabuhannya untuk mana-mana kapal yang mengangkut bahanatau senjata nuclear.
Bekerjasama dalam projek perindustrian, contohnya projek baja urea di bintulu (Sarawak) serta di acheh.
Menyertai kerjasama ekonomi melalui zon kawasan perdagangan bebas ASEAN (AFTA) yang diumumkan dalam siding kemuncak ASEAN di singapura 1992.
Mengemukakan idea mewujudkan perundingan ekonomi asia timur(EAEC) bagi memperluaskan kerjasama ekonomi yang melibatkan china, jepun dan korea selatan.
Idea dr.mahathir tetapi ditentang oleh amerika syarikat dan Negara-negara maju.
Menghadiri siri perbincangan tentang kerjasama ASEAN + 3(china,jepun, korea).

5.1.2 PERTUBUHAN NEGARA-NEGARA ISLAM(OIC) 
OIC ialah singkatan kepada organisasi of islamic conference atau pertubuhan persidangan negara-negara islam.
OIC merupakan sebuah organisasi antara kerajaan. Dianggotai oleh 57buah Negara islam daripada 3 rantau terbesar iaitu asia, timur tengah dan afrika.
OIC bertindak khusus untuk Negara islam bagi mewujudkan perpaduan sesame ummah.
OIC ditubuhkan pada tahun 1971 atas cadangan Malaysia .
Malaysia diberi penghormatan apabila tunku abdul rahman dilantik menjadi setiausaha agung oic yang pertama.
Pejabat oic terletak di Jeddah, arab Saudi. 

MATLAMAT
mewujudkan kerjasama antara semua Negara islam dalam pelbagai bidang seperti social, ekonomi, sains dan teknologi .
membendung segala unsur jahat yang menindas umat islam di seluruh dunia.
OIC juga akan menjadi rujukan dalam mengatasi segala kekeliruan mengenai hukum-hakam yang dihadapi oleh umat islam.
memastikan tempat-tempat suci islam dihormati dan tidak dicemari.




SUMBANGAN OIC
mewujudkan bantuan kepada negara-negara islam yang menghadapi masalah.
Menghantar pasukan perubatan ke lubdan, bosnia dan Afghanistan.
Memberi bantuan kepada negara-negara islam yang kurang maju seperti sudan, Nigeria dan chad.
OIC menubuhkan bank pembangunan islam bagi memberikan perkhidmatan kewangan kepada Negara anggota.

SUMBANGAN MALAYSIA DALAM OIC
Tunku abdul rahman menjadi setiausaha agung oic pertama.
Menjadi perantaraan dalam menyelesaikan peperangan iran-iraq.
Memberikan sokongan kepada rakyat palestin, berjuang mendapatkan semula tanah air daripada Israel
Menjadi tuan rumah persidangan oic 1974 dan 2003
Menganjurkan persidangan menentang pengganas di kalangan Negara islam 2002
Tawaran biasiswa kepada para pelajar dari Negara oic untuk belajar di university islam antarabangsa(uiam)
Mengesyorkan penggunaan dinar emas di kalangan Negara islam untuk urusan perdagangan dan kegiatan ekonomi.


FAEDAH YANG DIPEROLEHI DARIPADA OIC
Pinjaman daripada bank pembangunan islam bagi melaksanakan projek-projek pembangunan untuk kepentingan rakyat.
Oic memberikan bantuan kepada Malaysia untuk menubuhkan uiam.
Malaysia mandapat penghormatan kepada Negara-negara anggota kerana amat serius memperjuangkan hak kebajikan negara-negara islam.


5.1.3 MEMAHAMI PERANAN KOMENWEL 

LATAR BELAKANG KOMANWEL
Pertubuhan ini diangotai oleh negara-negara bekas tanah jajahan british termasuk malaysia. Pernyertaan malaysia bermula sebaik sahaja negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957
Matlamat utama pertubuhan Komanwel adalah untuk mewujudkan persahabatan dan perpaduan, pembangunan, pendidikan, pertahan, pertanian dan perundangqan yang baik antara semua negara bekas jajahan british.
PERANAN KOMANWEL
Menangani isu-isu ketidakadilan perdagangan dunia,penjajahan politik dan ekonomi serta masalah Apartheid.

Menubuhkan tabung antarabangsa untuk pemuliharaan alam sekitar.

Menguruskan perhutanan dan pertanian di negara-negara maju dan sedang membangun.

Mengurangkan pencemaran laut.

Mengatasi masalah penipisan lapisan ozon.


5.1.4  MEMAHAMI PERANAN NAM

LATAR BELAKANG NAM

NAM atau singkatan bahasa inggerisnya, the Non-Aligned Movement, yang juga dikenali sebagai Pergerakan Negara-negara Berkecuali telah diasaskan pada tahun 1961 bersempena Sidang Kemuncak NAM yang pertama di Belgrade, Yugoslavia.

 Malaysia menyertai NAM pada tahun 1969. Pertubuhan ini berpegang kepada dasar berkecuali, iaitu tidak berpihak kepada Blok Barat dan Blok Timur. NAM berpegang kepada prinsip menghormati kemerdekaan, keutuhan dan kedaulatan sesebuah negara serta mengambil sikap tidak campur tangan dalam hal ehwal negara lain.

PERANAN NAM

1) Memupuk kerjasama yang erat dalam kalangan negara anggota.

2) Menjadi forum bagi negara anggota menyuarakan pendirian berhubungan isu-isu semasa.
           3) Mengelakkan negara-negara kecil terlibat dalam peperangan ideologi.

4) Memperjuangkan hak dan kepentingan negara-negara sedang membangun.

5) Mengubah perjuangan NAM dalam hal-hal politik dan ekonomi.

                   6) Meningkatkan kerjasama dan pemuafakatan dalam kalangan anggota NAM melalui rundingan.

7) Meningkatkan keupayaan ekonomi dan daya saing NAM di mata dunia


5.1.5  PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU(PBB)
FUNGSI
Untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan dunia terutama berusaha mencegah berlakunya perang dunia. Untuk menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi oleh Negara-negara di dunia dalam bidang-bidang politik, ekonomi dan sosial.
Bantuan bantuan dalam bentuk kewangan, fizikal dan kepakaran diberikan kepada Negara-negara yang memerlukannya.
Struktur PBB umumnya dibahagikan kepada tiga badan iaitu badan badan utama(principal organ), pertubuhan khas dan pertubuhan cawangan. Perhimpunan agung, majlis pemegang amanah, majlis ekonomi dan sosial, pertubuhan-pertubuhan khas yang berperanan memberi sumbangan dalam bidang bidang khusus termasuklah pertubuhan kesihatan sedunia(WHO), pertubuhan buruh antarabangsa(ILO), UNESCO dan sebagainya.
Pertubuhan pertubuhan cawangan pula duwujudkan atas kehendak PBB sekiranya ada sesuatu isu misalnya tabung kanak-kanak PBB(UNICEF), pasukan tentera pengamam PBB di Kampuchea dan sebagainya.
Tugas untuk mengendalikan keselamatan dunia diserahkan kepada majlis keselamatan. Majlis ini dianggotai anggota tetap dan 10 negara lagi dipilih untuk tempoh dua tahun.



PERANAN MALAYSIA DALAM PBB
Membantu menyelesaikan masalah konflik antarabangsa.
Menyertai pasukan pendamai PBB di congo.
Mewakili pasukan pengaman PBB ke Namibia untuk mambantu Negara itu mencapai kemerdekaan
Menghantar pasukan pemerhati ke sempadan iran-iraq.
Menghantar pasukan pemerhati ke Kampuchea.
Menghantar pasukan pengaman ke bosnia.
Menentang dasar apartheid.
Menyarankan agar benua antartika menjadi warisan dunia yang menjadi hak milik semua Negara.
Menjadi ahli bank dunia. 


5.2 KONSEP PEMBANGUNAN DAN ALAM SEKITAR 
perkataan alam sekitar atau dalam bahasa inggeris disebut “environment” membawa maksud keadaan sekeliling atau lingkungan.
Oleh itu, sekiranya berdasarkan kepada terjemahan literal, maka perkataan “alam sekitar” adalah menuju kepada apa sahaja yang berada disekeliling manusia.bagaimanapun, secara khusus perkataan alam sekitar merujuk kepada satu fenomena fizikal.
 Terdapat satu lagi definisi alam sekitar iaitu environmentalisme.
Kesemua definisi yang dikemukakan umumnya menjelaskan alam sekitar adalah satu fenomena fizikal.
Prinsip-prinsip tentang alam sekitar yang dibahaskan oleh barat tidak harus bersifat teori sahaja sebaliknya mestilah diperaktikkan.
Pengurusan alam sekitar di barat bermula pada akhir kurun ke-19 kesan daripada revolusi industry
Perkembangan itu bermula dengan tercetusnya kebimbangan ke atas kesan yang bakal timbul daripada proses pembangunan ke atas alam sekitar.



PENCEMARAN UDARA
Pencemaran udara boleh didefinasikan sebagai gas , cecair atau zarah yang terkandung dan terampai di atmosfera sehingga berlakunya perubahan dan menjejaskan kehidupan atau bahan-bahan lain.
 Bahan-bahan tersebut terampai di atmosfera dan memberi kesan negative kepada manusia, tumbuh tumbuhan dan haiwan.
Pencemaran udara terbahagi kepada dua iaitu primer dan sekunder.
 Pencemaran udara primer ialah penghasilan daripada sulfur monoksida dan karbon monoksida akibat daripada proses pembakaran yang tidak lengkap. Proses ini menyebabkan zarah-zarah yang halus terampai di udara dan memberi kesan sampingan kepada kesihatan manusia.
Pencemaran udara sekunder pula ialah tindak balas sulfur dioksida yang membentuk dengan gas-gas yang tidak diperlukan oleh organisma hidup. Tindakbalas ini mendatangkan kemudaratan kepada alam sekitar.


   

PENCEMARAN AIR
Air merupakan sumber penting dalam kehidupan manusia dan menyokong kepada system kehidupan global. Manusia memrlukan air untuk menjalankan aktiviti harian seperti pertanian, perikanan, perindustrian, pengangkutan dan sebagainya
Punca-punca pencemaran air salah satunya ialah pembuangan sampah dari kawasan perumahan, disepanjang sungai tasik dan laut.
Salah satu kesan pencemaran air adalah memudaratkan kesihatan. Kerana air yang tercemar mengandungi bahan kimia yang boleh memudaratkan kesihatan manusia.
Langkah mengatasi pencemaran ini ialah pihak kerajaan haruslah menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada bagi memberi kesedaran kepada sesiapa sahaja yang tidak bertanggungjawab dalam perkara ini.

5.3 MENERANGKAN KONSEP PEMBANGUNAN INSAN

Modal insan merupakan pengimbanganb pembangunan fizikal yang berteraskan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang merangkumi nilai, etika, dan minda yang progresif serta kesedaran budaya yang tinggi.

menurut YAB perdana menteri , Datuk Seri Najib Tun razak , melihat pembangunan modal insan sebagai berikut :
- Meningkatkan keupayaan pengetahuan , kreativiti dan inovasi negara.
- memupuk " minda kelas pertama " di samping penekanan akan diberikan ke arah memupuk masyarakat berbudaya dan memilki kekuatan moral.

5.3.1 MENERANGKAN SISTEM PENDIDIKAN
pengenalan

Dalam menjayakan Misi Nasional, KPM menyediakan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) secara menyeluruh yang menggariskan fokus, strategi utama dan pelan pelaksanaan untuk menjadikan pendidikan negara relevan dengan keadaan semasa dan masa hadapan. Dengan usaha ini, setiap jurang dan kekurangan dalam pendidikan akan diberikan tumpuan. Selain itu, proses menganalisis sejarah, perkembangan dan pencapaian dalam bidang pendidikan dijalankan kerana kesemua aspek ini merupakan tunjang dalam merangka strategi penyediaan PIPP, KPM.



PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN

Pembangunan sistem pendidikan kebangsaan berlandaskan teras utama berikut: • akses kepada pendidikan; 
• ekuiti dalam pendidikan; 
• kualiti dalam pendidikan;
• kecekapan dan keberkesanan pengurusan pendidikan.

Berdasarkan teras utama ini, KPM merancang serta melaksanakan dasar-dasar pembangunan pendidikan bagi mencapai matlamat pendidikan yang telah dikenal pasti. Antaranya: 
• memperkembang potensi individu secara menyeluruh bagi melahirkan insan yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI); 
• meningkatkan kreativiti dan inovasi dan budaya ilmu pelajar; 
• membudayakan sains dan teknologi dan pembelajaran sepanjang hayat;
• menyediakan sistem pendidikan yang lebih cekap, berkesan dan bertaraf  
 dunia;
• menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan;
• meningkatkan martabat pendidikan Malaysia pada peringkat antarabangsa.

Sistem pendidikan mengalami banyak perubahan, antaranya Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar utama yang dilaksanakan sepenuhnya pada peringkat menengah di Semenanjung Malaysia dan Sabah pada tahun 1982, manakala di Sarawak pada tahun 1990. Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua juga turut diberi tumpuan. Walau bagaimanapun, selaras dengan Akta Pelajaran 1961, sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan yang menggunakan bahasa Cina atau bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar terus dikekalkan. Mata pelajaran Sivik diperkenalkan bagi menyemai semangat jati diri di kalangan pelajar. Pendidikan Sains dan Teknikal diberi lebih penekanan pada peringkat menengah bagi menghasilkan tenaga kerja mahir.

No comments:

Post a Comment